الرحلة الماليزية: صور ومشاهد..
Menanam pokok demi merealisasikan objektif pemeliharaan alam sekitar (hifz al bi’ah). Teladan yang baik daripada al-‘Allamah Ahmad al-Raisuni.
Salah satu projek Sheikh Raysuni menanam pokok di Tasik Kenyir. Kita maklum dengan kepanasan global dan kebakaran besar-besaran di Australia menyayat hati kita. Namun perasaan sahaja tidak akan mengubah dunia. Dunia perlukan tindakan. Dan kasihsayang. Di antara maqasid daruriyyat ialah memelihara kesejahteraan alam dan sejagat. Fiqh biah atau fiqh alam sekitar juga perlu diterokai. Perkara paling mudah ibarat kata Prof Zaini Ujang menanam pokok. Tanam pokok dan bukan hanya mengkagumi orang tanam pokok. Kita turut serta membaja, dan melakukan action plan bagi menjaga alam bersama-sama. Sheikh Ahmad Al-Raysuni hafizahuLlah dalam projek penanaman pokok di Taman Herba dan Taman Orkid, Tasik Kenyir.